Hah? apa? esok raya? huhu.. aduyai.. kali ni raya sorg2 kat perantauan la gamaknya.. buleh exam lak time raya2 ni.. nak balik mmg dah tak smpt.. semalam siap kol mak lg.. mak gtau tgh wat ketupat kat umah opah.. Waa.. pakai tak makan ketupat la kali ni.. huhu.. tkpa2, balik nanti nak wat ketupak jgk.. nak suruh mak beli daun palas byk2.. wat simpan.
Bersempena raya korban ni diharap semua org lakukankan korban semampu munkin dgn ikhlas dan semoga qorban kalian diterima Allah dan menjadi kenderaan kita di sana nanti..
Teringat plak kisah Habil dan Qabil kalau pasal Qurban ni.. kita dapat lihat bagaimana qorban yg ikhlas akan diterima oleh Allah. Kisah ini bermula apabila Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama "Iqlima", kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda".Kedua orang tua, Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera puterinya itu dengan senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita apa yang lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yang melahirkan bayinya. Mereka mengharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak cucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dengan amanat yang telah di bebankan ke atas bahunya.
Konflik berlaku apabila anak2 Adam ini meningkat dewasa, mencapai usia remaja dan memasuki alam akil baligh di mana nafsu berahi dan syahwat serta hajat kepada hubungan kelamin makin hari makin nyata dan nampak pada gaya dan sikap mereka hal mana menjadi pemikiran kedua orang tuanya dengan cara bagaimana menyalurkan nafsu berahi dan syahwat itu agar terjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin yang bebas di antara putera-puterinya.
Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang bernama Lubuda dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.
Cara yang telah di ilham oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Adam telah disampaikan kepada kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yang harus dipatuhi dan segera dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yang meliputi keluarga dan rumahtangga mereka.
Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhad menentukan pilihan jodohnya.
Dengan itu juga pembunuhan pertama di dunia yg terjadi akibat hasutan syaitan terhadap qabil yang tidak berpuas hati.
Daripada cerita ini, kita dapat lihat qurban yg dilakukan secara tulus ikhlas akan diterima oleh Allah. Jadi kesimpulannya, lakukanlah dengan hati yang ikhlas semata2 kerana Allah. Semoga qurban yg dilakukan diterima oleh Allah.
Salam Aidil Adha.. MAaf salah dan silap..
Aku yg di perantauan....
Wassalam.....