BeRkAt

Assalamualaikum..

Dah terlalu lama rasanya aku meninggalkan blog ni. Dah macam idup segan, mati tk mahu.. Tak kisah la, tp agak sibuk jugak akhir2 ni walaupun kdg2 terasa bahawa alasan tu kerap digunakan manusia yg sering mencari alasan untuk menyelamatkan diri dalam apa jua keadaan. Bkn nak ckp diri baik, tp cuma bingkisan tarbiah kita sesama insan. Sejauh mana kita jujur dgn diri, dgn kwn2, dgn ibu bapa, dgn ahli keluarga, dgn guru2.. dan yg penting dgn Allah.. kadang2 kita menipu walaupun dgn keadaan sedar mahupun tidak.
Carilah kebaikan, berbuatlah kebaikan, terimalah kebaikan, warisilah kebaikan.. sebagai manusia, kita kerap melakukan kesalahan. Disebabkan itu, perlu sentiasa berhati2. Soal kejujuran? dalam konteks sbg student, sejauh mana kita jujur? contoh asignment. Sejauh mana kita jujur dalam menghasilkan tugasan tersebut? tiru? copy senior? tepuk dada tanya selera. Kadang2 kita tak sedar, tapi disitulah datang keberkatan ilmu. Agak hairan kadang2 org yg dapat pointer yg cantik sukar nak dapat kerja. Memang ini termasuk dalam soal rezeki, tapi kita perlu kaji, punca sebenar keadaan tu berlaku. Tugasan berkumpulan? hmm.. ni lg satu yg aku btul2 tak minat. Ada sleeping partner. Sendiri mau ingt la. Kita akan hidup dgn sumpah seranah kwn2 yg tak tido utk siapkan tugasan tersebut. Di situ keberkatan akan ditarik dan tak perlu persoalkan lg soal ssh dpt keja.
Apa pun utk kwn2 yg hampir ataupun dah dpt keja, carilah keberkatan dalam bekerja.. jgn ngular atau curi tulang, tak berkat tu..
Wassalam

Comments (0)

Post a Comment