QurbaN DaN KiSaH HaBIL DaN QaBiL

0


Assalamualaikum...

Hah? apa? esok raya? huhu.. aduyai.. kali ni raya sorg2 kat perantauan la gamaknya.. buleh exam lak time raya2 ni.. nak balik mmg dah tak smpt.. semalam siap kol mak lg.. mak gtau tgh wat ketupat kat umah opah.. Waa.. pakai tak makan ketupat la kali ni.. huhu.. tkpa2, balik nanti nak wat ketupak jgk.. nak suruh mak beli daun palas byk2.. wat simpan.

Bersempena raya korban ni diharap semua org lakukankan korban semampu munkin dgn ikhlas dan semoga qorban kalian diterima Allah dan menjadi kenderaan kita di sana nanti..


Teringat plak kisah Habil dan Qabil kalau pasal Qurban ni.. kita dapat lihat bagaimana qorban yg ikhlas akan diterima oleh Allah. Kisah ini bermula apabila
Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama "Iqlima", kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda".Kedua orang tua, Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera puterinya itu dengan senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita apa yang lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yang melahirkan bayinya. Mereka mengharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak cucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dengan amanat yang telah di bebankan ke atas bahunya.

Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu dengan cepatnya melalui masa kanak-kanak dan menginjak masa remaja. Yang perempuan sesuai dengan kudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yang menjadi tugas wanita,sedang yang laki-laki menempuhi jalannya sendiri mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidupnya. Qabil berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habil di bidang perternakan.

Penghidupan sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan tertib sempurna diliputi rasa kasih sayang saling cinta mencintai hormat menghormati masing-masing meletakkan dirinya dalam kedudukan yang wajar si ayah terhadap isterinya dan putera-puterinya,si isteri terhadap suami dan anak-anaknya. Demikianlah pula pergaulan di antara keempat bersaudara berlaku dalam harmoni damai dan tenang saling bantu membantu hormat menghormati dan bergotong-royong.

Konflik berlaku apabila anak2 Adam ini meningkat dewasa, mencapai usia remaja dan memasuki alam akil baligh di mana nafsu berahi dan syahwat serta hajat kepada hubungan kelamin makin hari makin nyata dan nampak pada gaya dan sikap mereka hal mana menjadi pemikiran kedua orang tuanya dengan cara bagaimana menyalurkan nafsu berahi dan syahwat itu agar terjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin yang bebas di antara putera-puterinya.

Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang bernama Lubuda dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.

Cara yang telah di ilham oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Adam telah disampaikan kepada kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yang harus dipatuhi dan segera dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yang meliputi keluarga dan rumahtangga mereka.


Akan tetapi dengan tanpa diduga dan disangka rancangan yang diputuskan itu ditolak mentah-mentah oleh Qabil dan menyatakan bahawa ia tidak mahu mengahwini Lubuda, adik Habil dengan mengemukakan alasan bahawa Lubuda adalah buruk dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima. Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan sekali-kali tidak rela menyerahkannya untuk dikahwinkan oleh Habil. Dan memang demikianlah kecantikan dan keelokan paras wanita selalu menjadi fitnah dan rebutan lelaki yang kadang-kadang menjurus kepada pertentangan dan permusuhan yang sampai mengakibatkan hilangnya nyawa dan timbulnya rasa dendam dan dengki di antara sesama keluarga dan sesama suku.

Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhad menentukan pilihan jodohnya.


Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, terlihat api besar yang turun dari langit menyambar kambing binatang korban Habil yang seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.

Maka dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu karena korban kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan dipersandingkan menjadi isterinya.

Dengan itu juga pembunuhan pertama di dunia yg terjadi akibat hasutan syaitan terhadap qabil yang tidak berpuas hati.

Daripada cerita ini, kita dapat lihat qurban yg dilakukan secara tulus ikhlas akan diterima oleh Allah. Jadi kesimpulannya, lakukanlah dengan hati yang ikhlas semata2 kerana Allah. Semoga qurban yg dilakukan diterima oleh Allah.

Salam Aidil Adha.. MAaf salah dan silap..

Aku yg di perantauan....

Wassalam.....

TiDurLah BeRbAnTaLkAn LenGan SuaMi

0


Assalamualaikum...

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…FAKTA….sirius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu?

Sumber : http://www.petua.org/

BaNgUnAn UnIk...

0

terdapat 9 bangunan unik di dunia dari ciri2 rekabentuk.

1. Aqua – USA

aquausa.jpg

Dibangun di Chicago dan diperkirakan akan selesai pada tahun 2009.

2. Chicago Spire – USA

chicagospire.jpg

Akan menjadi salah satu bangunan TERTINGGI di dunia dan dijangkakan akan selesai pada tahun 2010.

3. CCTV Headquarters – China

cctvchina.jpg

Salah satu bangunan yg dipersiapkan menjelang Olimpik Beijing 2008

4. Penang Global City Center – Malaysia

penang2.jpg

penang.jpg

Lokasinya akan dibangunkan di Penang Island dan dijangka pembangunannya memerlukan jangka masa hampir 15 tahun.

5. Gazprom Headquarters – Russia

gazpromrusia.jpg

Salah satu bangunan raksasa dengan tinggi kurang lebih 300 meter (glass flame) dan akan memantulkan warna kurang lebih 10 kali, tergantung dari posisi matahari pada saat itu. Beberapa penduduk tempatan yg kurang senang dengan adanya bangunan tersebut.

6. Burj Dubai – Dubai

burjdubai.jpg

Dianggarkan tinggi bangunannya sekitar 818 meter dan akan menjadi salah satu bangunan tertinggi di dunia (antenna paling atas bangunan tidak dikira).

7. Rusia Tower – Rusia

russiatowerrussia.jpg

russia.jpg

Bangunan ini juga akan menjadi salah satu bangunan tertinggi di dunia dan dijangkakan selesai pada tahun 2012 nanti.

8. Reggata Hotel – Jakarta

regatta.jpg

regatta2.jpg

Indonesia pun bakal mempunyai bangunan megah nan unik di Jakarta dengan design architecture yang agak unik.

9. Residence Antilia – India

indianresident.jpg

Pembangunannya sudah dimulakan di India, mirip seperti rak cd dari tumpukan batu yg unik.

Sumber : http://gielardino.wordpress.com

KaTaK TeRkEciL Di DuNia..

0


Seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya menemui spesies katak yang dipercayai terkecil di dunia berukuran antara 10.6 milimeter (mm) hingga 12.88mm ketika ekspedisinya di Taman Negara Kubah, Matang dekat sini.
Seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya menemui spesies katak yang dipercayai terkecil di dunia berukuran antara 10.6 milimeter (mm) hingga 12.88mm ketika ekspedisinya di Taman Negara Kubah, Matang dekat sini.

Pensyarah yang juga penyelidik dari Institut Biodiversiti dan Perlindungan Alam Sekitar, Prof Dr Indraneil Das, menyifatkan penemuannya pada September 2004 itu adalah yang terbaru di dunia dengan katak berkenaan ketika ini dikenali dengan nama saintifik ‘microhyla nepenthicola’.

Secara perbandingan saiz spesies ini tidak sampai sebesar syiling 20 sen menjadikannya katak terkecil di dunia pernah ditemui di kawasan hutan hujan tropika termasuk di Hutan Hujan Amazon yang diakui sebagai mempunyai pelbagai spesies katak.

Secara perbandingan saiz spesies ini tidak sampai sebesar syiling 20 sen menjadikannya katak terkecil di dunia pernah ditemui di kawasan hutan hujan tropika termasuk di Hutan Hujan Amazon yang diakui sebagai mempunyai pelbagai spesies katak.

“Saya menemui spesies ini secara tidak sengaja selepas terdengar bunyi katak mengawan sebelum cuba menjejaknya, namun tidak menyangka apabila mendapati bunyi itu dikeluarkan katak yang saiznya terlalu kecil tetapi sebenarnya sudah cukup dewasa.

“Katak ini melengkapkan kitaran hidupnya dalam tempoh beberapa bulan saja, bertelur di atas daun, memberikan anak-anaknya makan dan hidup di kawasan sekitar yang sangat terhad sebelum mati,” katanya ketika ditemui di Unimas.

Beliau dibantu pembantunya, Dr Alexander Haas, kemudian terpaksa melakukan beberapa ekspedisi susulan bagi mengutip lebih banyak spesies itu sukar ditemui.

Pasukan penyelidik yang ditaja Yayasan Volkswagen itu kemudian terpaksa melakukan tugas penyelidikan berkaitan bidang biodiversiti sebelum menghasilkan jurnal berkaitan spesies katak berkenaan yang diterbitkan pada Ogos 2010.

Selain meneruskan kajian mengenai spesies katak ini, Dr Das dan Dr Hass sedang menyiapkan jurnal terbaru mereka bertajuk Spesies Katak Hilang yang dijangka diterbitkan dalam tempoh terdekat.

Sumber : Berita Harian

Tak sangka lak katak terkecil ni ada kat Malaysia..

AvOiD ThiS CoDe

0

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ni, banyak isu2 yg ditimbulkan mengenai keraguan halal banyak produk di Malaysia. Kadang2, produk yg dipersoal itu adalah produk yang sudah bertahun2 diguna, dijual dan diterima pakai di Malaysia. Begitu lemah sekali kita dalam mengendalikan hal2 yg sebegini. Jadi, ayuh kita sama2 berusaha untuk lebih berhati2 dgn produk2 sebegini.


Tinggalkan zaman jahil dan terlepas pandang kita yang terdahulu. Moga Allah mengampunkan dosa2 kita terhadap benda haram yang terlepas masuk ke dalam badan kita sebelum ini. Berikut adalah senarai kod makanan yang mengandungi lemak babi. Jadi sebelum membeli, pastikan bungkusan tersebut terhindar dari kod2 ini.

1.E100, 2. E110, 3. E120, 4. E 140, 5. E141, 6. E153, 7. E160, 8. E161, 9. E210,

2. E213, 11. E214, 12. E216, 13. E234, 14. E252, 15. E270, 16. E280, 17. 300,

3. E301, 19 E325, 20. E326, 21. E327, 22. E334, 23. E335, 24. E336, 25. E337,

4. E422, 27. E430, 28. E431, 29. E432, 30. E433, 31. E434, 32. E435,

5. E436, 34. E440, 35. E441, 36, E470, 37. E471, 38, E472, 39. E473,

6. E474, 41. E475, 42. E476, 43. E477, 44. E478, 45. E481, 46. E482,

7. E483, 48. E491, 49.E492, 50. E493, 51. E494, 52. E495, 53. E542,

8. E570, 56. E572, 57. E631, 58. E635, 59. E904


Sama2 kita beri perhatian terhadap pemakanan kita. Semoga makanan dapat membentuk peribadi kita sebagai umat Islam.

wassalam

JaNgAn KAHWINI wAnItA.....

3

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".

1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...Wallahu'alam.

sumber: Taman2syurga@yahoogroup.com

Semoga kita dijauhi daripada golongan wanita sebegini... Amin

Salam Ukhwah..~

NuZuL Al-Quran

0



Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

MatLaMaT PeNcIpTaAn ManUsIa

0


Assalamualaikum..

kadang2 kita sentiasa keliru dgn antara aspek sains dan agama.. Walaupun kemajuan sains adalah penting, tp ianya perlu seinring dengan kefahaman agama kerana dgn agam jgk kita boleh menyangkal teori2 yg dibuat yg tidak betul sama sekali jelas bercanggah dgn agama. Contohnya teori yg diperkenalkan Darwin yg mengatakan manusia berasal dari binatang jelas bercanggah dgn apa yg terkandung di dalam Al-Quran.

Manusia adalah berasal dari Adam dan Hawa dan kemudiannya diteruskan dgn percantuman antara benih lelaki dan benih wanita dan perkara ini ada dinyatakan oleh Yang Maha Mencipta melalui firmanNya;
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak menguji (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.” (Al-Insan: 2)

Adalah dgn tujuan sebagai abdi kepada Allah dan khalifah di bumi. Maksud khalifah adalah dengan menyuburkan bumi Tuhan dan seluruh semesta alam. Kita juga dituntut agar tegur menegur antara satu sama lain untuk kesejahteraan bersama. Namun perkataan menegur itu bukanlah tugas yang begitu mudah.. Tak semua orang boleh menerima teguran yang baik dgn senang. Kadangkala kita akan diejek dan ditertawakan kembali. Perjuangan Rasulullah dulu pun mendapat tentangan yang maha hebat, tapi baginda sentiasa bersabar. Subhanallah, semoga kita dikurniakan kesabaran seperti baginda.. InsyaAllah.. Teringat kembali semalam ada jugak masuk room untuk lebih kurang 2 minit je.. ntah apa la dlm bulan2 puasa pun masuk room ym. dah lama sbnrnya tak masuk room. Tapi bila dah lam out, tiba2 ada lg yg tegur. Ada lg kot saki baki kat room tu. Dari segi Id dia jelas menunjukkan dia adalah perempuan. Beliau memetik cerita mengenai adik angkat. Saya pun cuma memberi pendapat yang saya kurang setuju cki dgn term2 angkat2 ni. Tapi jelas rasanya dia tak dapat menerima teguran tu. Ini adalah teks antara dia malam semalam. ID dia telah diedit utk menghormati dia..

xxxxx: adik angkat sy tpn lak td...
xxxxx: ingt awk da xde
xxxxx: asl mn ni
kown_psas: tkpe2
kown_psas: asl?
kown_psas: m
kown_psas: 25
kown_psas: mlk
kown_psas: u?
xxxxx: 22
xxxxx: johor
xxxxx: f
kown_psas: ooo
kown_psas: adik angkat kol
kown_psas: ada masalah ye
kown_psas: :)
xxxxx: xdela...
xxxxx: sj je dia nk dgr sore
kown_psas: isy..
kown_psas: rindu kak angkat ye
kown_psas: adik tu kt mana?
xxxxx: kat kuala pilah
kown_psas: ooo
kown_psas: awk still stdy?
xxxxx: kje da
xxxxx: awk lak
kown_psas: sy?
kown_psas: dl keje la
xxxxx: skrg?
kown_psas: stdy lik
kown_psas: anak sulong ke?
xxxxx: xla...
xxxxx: ank bngsu
xxxxx: np
kown_psas: ooo
xxxxx: nk cr kwn ank sulong ke
kown_psas: ptt la ada adik angkat
kown_psas: eh tak la
kown_psas: tk kisah pun
xxxxx: hehehe
xxxxx: teringin nk ade adik..
kown_psas: :)
kown_psas: brp umo adik angkat tu?
xxxxx: 20 tahun
kown_psas: cmne knl adik tu
kown_psas: dr johor ke kuala pilah
kown_psas: jauh pg
kown_psas: :)
xxxxx: masuk room...
xxxxx: knl la...
xxxxx: huhuhu
kown_psas: la..
kown_psas: adik ym la yek
kown_psas: hehe
xxxxx: :d
xxxxx: asalkn ade adik...
kown_psas: ramai ke adik angkat?
xxxxx: hehehe
xxxxx: ade 20rg je
xxxxx: 2 org
xxxxx: bkn 20 org
kown_psas: ooo
kown_psas: llk ke ppuan?
xxxxx: sy nk cr adik ni cr yg ase btul2 ok je...
xxxxx: llki n perempuan
kown_psas: ok tu mksdnya cmne?
xxxxx: ok tu mksudnye bersih dr sifat kekuningn n kebiru2an...
xxxxx: huhu
kown_psas: so yg skrg ni ok la yek?
kown_psas: kena hati2 jgk tau
kown_psas: manusia rmbt sama hitam
kown_psas: hati lain2
xxxxx: wat ms ni ok...
xxxxx: huhu
xxxxx: ye wak...
xxxxx: sy thu
xxxxx: yer...
xxxxx: sm ngn hati awk...
xxxxx: sy pn xdpt nk duga..,.
xxxxx: huhuhu
kown_psas: btul
kown_psas: so jgn mudah sgt pcy
kown_psas: lg2 dgn ym ni
xxxxx: sy x kn mudah pcye...
xxxxx: p sy ckup berhati2...
xxxxx: huhu
kown_psas: sbnrnya sy tk suka sgt dgn term adik/abg/kakak angkat2 ni
kown_psas: sbb byk yg pergunakan istilah tu
kown_psas: berselindung
kown_psas: hipokrit
xxxxx: erm...
xxxxx: terpulang...
xxxxx: ckpla pe je...
xxxxx: yg pntg hati...
kown_psas: gunakan ke arah kebaikan
kown_psas: bkn nak sindir awk
xxxxx: law niat kwn krn allah maka akn jadi baikla...
xxxxx: sy x trasa dsindir pn...
kown_psas: just sama2 ingtkan
kown_psas: sbnrnya apa fungsi sbnr angkat2 ni ye?
xxxxx: nth
xxxxx: cr la dlm internet
kown_psas: tu yg tk btul tu
kown_psas: kena tau apa tujuan tindakan kt
kown_psas: tkt kdg2 tersasar
xxxxx: awk sbnrnye xde hal nk thu pe tjuan sy...
xxxxx: sy x knl pn awk...
kown_psas: eh..
kown_psas: bkn nk tau
xxxxx: so sy ase xde pnyebb knp sy kna trgkn pd awk...
kown_psas: sy btulkan klu tk btul
xxxxx: sdgkn awk da punya fhamn sndri...
kown_psas: sy cm bg pendapat
kown_psas: ingtkan
xxxxx: k thnks bebnyk...
xxxxx: budi awak harap allah je yg bls
kown_psas: :)
kown_psas: jgn harapkan balasan
kown_psas: cuma jalankan tggjwb
kown_psas: atas sebab penciptaan manusia
xxxxx: jgn tpula...
xxxxx: tu hpokrit nmenya...
xxxxx: law x mntk balasan awk keje je tnpa dpt gaji...
xxxxx: xnk balasan kan...
kown_psas: :)
kown_psas: konsep dakwah dgn keje berlainan
kown_psas: keje adalah lumrah manusia
xxxxx: huhu
xxxxx: yola...
kown_psas: keje dgn ikhlas
xxxxx: sy nk berkawan ngn sume org...
kown_psas: gaji guna utk keperluan
xxxxx: bkn nk berdakwah...
xxxxx: huhu
kown_psas: tau
kown_psas: tp tegur menegur tu wajib
xxxxx: awk wat hal awk...sy wat hal sy...
kown_psas: asal penciptaan manusia adalah utk menjadi khalifah
xxxxx: yg pntg sy x wat dosa n x wat maksiat
kown_psas: ye..
kown_psas: masing2 ada hal masing2
xxxxx: so jgn jd penyibuk
kown_psas: tp Allah satu
kown_psas: tkde tuhan awk n tuhan sy
kown_psas: so syariat Allah jgk adalah satu
kown_psas: tkde utk kepentingan peribadi pun
xxxxx: k
kown_psas: :)
kown_psas: jgn marah
kown_psas: marah adalah amalan syaitan
kown_psas: tkpe la
kown_psas: mgkin lum nmpk lg kot
xxxxx: nmpk sy marah ke??
kown_psas: mgkin tk marah
kown_psas: tp kurg setuju kot
xxxxx: sukati awk la...
kown_psas: ok2
kown_psas: tkpe la
kown_psas: insyaAllah
kown_psas: mudah2an
kown_psas: kita diberi hikmah n hidayah
kown_psas: Selamat berpuasa :)
kown_psas: maaf segala salah silap
kown_psas: Assalamualaikum
kown_psas: :)
xxxxx: xde bnda nk dimaafkn
xxxxx: wslm

Habis je chat dgn dia, terus berfikir begitu susahnya perjuangan para sahabat yg memperjuangkan Agama Islam.. kita semua doakan agar pejuang2 ini diberi kekuatan untuk terus berbakti dan umat Islam diberi kesedaran tentang hakikat sebenar kita..

Wassalam...

TeRTiNgGi Di DunIA

2

ini adalah bangunan yg tersebarai dalam bangunan yang tertinggi di dunia.. bertapa berlumba2nya manusia untuk membina bangunan pencakar langit.. Adakah ini tanda2nya? sama2 kita muhasabah diri..

1. Taipei 101 Building, Taipei, Taiwan



Nama sebenarnya adalah Gedung Finansial Internasional Taipei, namun kemudian lebih populer dengan nama Taipei 101 Building. Gedung yang terletak di Distrik Xinyi, Taipei, Taiwan ini memiliki tinggi 509 meter atau 1.671 kaki.

2. Petronas Tower 2, Kualalumpur, Malaysia

Predikat gedung tertinggi dipegang selama enam tahun dan pada 2004 kemudian predikat gedung tertinggi di dunia beralih menjadi milik Taipei 101 Building yang lebih tinggi 188 kaki atau 61 meter lebih tinggi dari Menara Petronas.



3. Petronas Tower 1, Kuala Lumpur, Malaysia
Merupakan bagian dari Menara Kembar Petronas, berdiri dengan tinggi mencapai 1.483 kaki atau 452 meter, selesai dibangun pada 1998. Hingga sekarang Menara Petronas merupakan menara kembar tertinggi di dunia.

4. Sears Tower, Chicago, USA



Menara Sears berdiri pada pada tahun 1974 dengan ketinggian mencapai 1.450kaki atau 442 meter. Ketika dibangun, tingginya melebihi the World Trade Center di Kota New York yang kala itu menjadi simbol kemegahan Amerika sehingga menjadikan Menara Sears sebagai gedung tertinggi yang pernah dibangun Amerika Serikat.

5. Jin Mao Tower, Shanghai, Cina



Menara Jin Mao selesai dibangun pada tahun 1998 dengan tinggi mencapai 1.380 kaki atau 421 meter. Karena bangunan berdiri di atas jalan, menjadikan menara Jin Mao sebagai objek observasi terbesar dan tertinggi di Cina.

6. Two International Finance Center, Hongkong



Two International Finance Centre berdiri megah di Kota Hong Kong hingga ketinggian 1.362 kaki atau 415 meter. Bangunan yang selesai dibangun pada 2003 ini tercatat sebagai bangunan tertinggi keenam di dunia.

7. CITIC Plaza, Guangzhou, Cina



CITIC Plaza selesai dibangun pada tahun 1997, yang ketika selesai dibangun mencatatkan diri sebagai bangunan tertinggi di Cina, hingga tahun 1998 saat menara Jin Mao selesai dibangun. Tingginya mencapai 1.283 kaki atau 391 meter.

8. Shun Hing Square, Shenzhen, Cina



Ini merupakan gedung ketiga tertinggi di Cina dan kedelapan tertinggi di dunia. Shun Hing Square yang berdiri menjulang hingga ketinggian 1.260 meter atau 384 meter, selesai dibangun pada 1996, hingga sekarang tercatat sebagai bangunan baja tertinggi di Cina.

9. Empire State Building, New York, USA



Dikenal sebagai salah satu atraksi wisata yang terkenal di AS dan banyak menyedot turis, the Empire State Building berdiri menjulang hingga ketinggian 1.250 kaki atau 381 meter, dibangun pada tahun 1931.

10. Central Plaza, Hongkong



Central Plaza di Hong Kong melengkapi daftar sepuluh bangunan tertinggi di dunia. Gedung ini dibangun dengan tinggi 1.227 kaki atau 374 meter. Lantai teringgi yang berbentuk atrium piramida merupakan gereja paling tinggi di dunia. Pembangunan Central Plaza rampung pada tahun 1992.

sumber : www.kaskus.us

UkirAn TeMbiKai UniK

0

Seorang tukang masak hotel di Tokyo,Takashi Itoh yang menzahirkan kreativitinya mengukir tembikai setelah melihat ukiran yang dilihat ketika bercuti di Thailand.Dia mengambil tiga minggu untuk benar mahir membuat ukiran pada buah tembikai.Lihat contoh ukiran yang di buat oleh Itoh.Begitu unik dan betul-betul kreatif.....
















AhLan Wa SahLan Ya RaMadhaN

0




Assalamualaikum..

Alhamdulillah, esok insyaAllah semua umat Islam di Malaysian akan menyambut Ramadhan 1431 Hijrah. Semoga Ramadhan tahun ni membawa berkat dan pengampunan utk kita semua..


Sebelum ni dah 3 hari aku start wat part time kat Radix Fried Chicken (RFC) dekat MYDIN MITC. Alhamdulillah, walaupun gaji tak lumayan mana, harap ianyanya adalah berkat dari rezeki Allah.. Kat sini semua pekerja adalah Islam dan semua makanan adalah dijamin halal..

Tapi yg sedihnya, hari ketiga wat part time, aku telah alami kecederaan.. huk2, cmne ntah, manager suruh wat coffee utk topup dalam balang air, time nk buka plastik coffee tu terhiris jari sendiri. Darah jgn ckp la.. begitu pantas mengalir keluar.. kebetulan pisau tu diorang bari asah, mmg tajam kaw2 pny. terbelah la jari telunjuk kiri aku.. huhu.. pedih beb.. mgkin sbb lewat solat asar la tu kot sbb diorg kejar aku wat keje walaupun ada niat nk pg solat pas tu.

Apa nak buat, benda dah jadi. Balut je luka tu pastu terus break dgn solat then smbg keje lik. yg bestnya tu, time aku pg cuci luka sorg2 kat toilet MYDIN, org ramai lak time tu. Semua tengok je aku dgn darah2 tu. Wat taktau je la. Dah tk boleh sorok, nk wat cmne. Tapi time nak balut tu yg ssh lik. sorg2 wat mcm tak boleh je. ast2 pggl je brader sorg kat toilet tu minta dia balutkan.. huhu.. tengkiu bro. semoga Allah membalas jasa kamu. Apa pun aku nak cakap disini, berhati2lah ketika menggunakan barang2 yg tajam, Lagi satu, Selamat menunaikan ibadah puasa pada tahun ni. "Rugilah sesiapa yg mendapati Ramadhan tetapi tidak mendapat keampunan darinya.

Wassalam..


LArangan Pada Hari Jumaat..

0

Assalamualaikum..

Hari ni smpt jugak menjengah pasar malam kat umah baru di Taman Ayer Keroh Height. Walaupun tak la ramai yg menjual macam kat depan umah di kedah, tp boleh tahan jugak yg datang membeli sbb kebanyakkan penduduk disini jugak warga asing yg bekerja di kawasan perindustrian berhampiran..

Bila tgk kegiatan jual beli ni teringat jugak kuliah yg diberikan oleh sorg ustaz di pusat islam tempat keja dulu. Beliau menyampaikan kuliah berkenaan urusan jual beli dalam islam. Jelas, tak ramai yang tahu ataupun perasan yg urusan jual beli pada hari jumaat adalah haram dan dilarang. Walaubagaimanapun pengharaman ini berlaku ketika imam berdiri membaca khotbah sehingga selesai sembahyang jumaat. Larangan berbentuk haram bagi lelaki. akan tetapi, larangan tersebut tidak melibatkan kaum wanita.

Al-Quran Menjelaskan mengenai berjual beli pada hari Jumaat pada surah al-Jumuah ayat 9 yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembhayang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"

Tapi, secara logiknya sekarang, hari jumaat adalah hari bekerja kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu. Walaupun ketiga2 negeri ini cuti pada hari tersebut, namun kebanyakkan sektor swasta tetap bekerja pada hari jumaat. Saya juga pernah menjalani latihan industri dan tidak terkecuali tetap tidak bercuti pada hari tersebut. Secara umumnya, pada waktu tersebut pekerja akan diberi rehat dari pukul 1 hingga 2.30 petang. Jadi pada waktu tersebut juga pekerja mangambil kesempatan utk lunch dan tak kurang jugak gerai2 yg ligat menjual makanan di sekitar2 masjid. Apa yang dapat saya perhatikan, ramai yg masih menjalankan sesi berjual beli walaupun khutbah sudahpun bermula. Ramai yg tidak tahu larangan ketika itu dan berpendapat mereka tetap datang solat tanpa sedar telah melakukan kesalahan.

Jadi kepada sahabat2 yg belum mengetahui larangan ini, elakkan untuk menjalankan jual beli ketika solat jumaat. Sebarkan kepada ahli keluarga dan rakan2 untuk kesejahteraan bersama.

Wassalam..

AMALAN SEBELUM TIDUR - WASIAT RASULULLAH UNTUK WANITA

0

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. dah lama rasanya tak menjengah blog yg dah hampir usang ni.. nak ckp bz tu, tak jugak.. tp ntah la. Malas lak nak update blog.. Yela.. lgpun tenet kat umah tu terlalu lembab utk benda2 cmni.

kat sini teringat jugak nak kongsi pasal pesanan ataupun wasiat Rasullullah s.a.w kepada kaum hawa..

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.

Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.

Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.

Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.

Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala.

Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu.

Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup.

Begitulah wahai saudariku kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya.

Sumber: Foward Email

Mengapa kita tidak menirunya?
klu kita perhatikan zaman sekarang, ramai yg menggunakan khidmat pembantu rumah utk menyelesaikan tugas2 harian di rumah. Kalau dikaji kembali, semangat kekeluargaan jugak akan berkurang dan mungkin ini juga adalah salah satu punca keretakkan rumahtangga sekarang..

Untuk renungan bersama.. Wallahualam..

wassalam..

diKaLA JaM 4 PaGi...

0

Assalamualaikum..

Argh..!! tak bleh tido plak malam nih.. tktau nk watpe dah smpai terjadi rajin lak menghapdet blog nih.. punya la mati akal tgh2 pukul 4 pagi buleh basuh baju.. tp tkpe jgk, at least leh terbasuh baju yg sudah lama tersimpan kat baldi tu. Siap je basuh baju tu jap gi nak basuh ati lak. InsyaAllah..
ntah la, skrg ni mcm ssh je nk wat keputusan.. smpi nak balik umah bila pun tktau lg. Still dok fikir sal projek yg dah hampir siap tu, dgn nk tolong kwn2 yg robocon. Agak lama jgk tak balik umah ni.. last balik pun ct sem raya cina aritu.. pastu dah tak balik2.
2 hari lepas ari guru jgk merangkap birthday Nadia adik aku yg paling bongsu tu.. pastu smlm ari lahir adik aku yg 2nd last lak. Hanya mampu kirim sms wish dgn doa agar diorg sentiasa dalam kerahmatan..
Rumah sewa tgk bilangan org makin bertambah, ntah mana dtg ntah.. siap bermastautin lak sini.. Pakai semua brg2 cam harta sndr. Yela walaupun ada sorg kwn yg knl dlm umah ni, tp agak2 la klu menumpang umah org. Dah la dtg duduk pun kita taktau, pastu pinggan mangkuk diorg makan kita kena basuh.. tak kira elektrik yg diorg pakai ngadap game menatang apa ntah yg online tu smpi subuh, mandi lagi sini.. siap bawak beg baju lg, heran tol. Mana pg umah diorg.. merungut2 pun ilang jgk pahala ni, tp kdg2 tu terasa la jgk tahap kemelampauan diorg tu.. Noga ditingkatkan lagi tahap kesabaran nih..
InsyaAllah ujung minggu ni mak balik la.. duit dah semakin kurang disini.. at least kat umah blh jgk ada makanan.. huhu.. sorry kwn2 robocon, cb bantu sebaik mungkin selagi ada masa ni.. bila dana dah abis terpaksa balik. InsyaAllah time competition kat UKM nanti aku dtg bagi sokongan..

Apa pun skrg kena fikir byk2, kena wat kptsn bila nak balik. Settlekan dulu video projek yg dijangka balik dr KLCC yg wat pameran ITECH tu.. Moga dipermudahkan segalanya..
AMEEN..
wassalam..

BeRkAt

0

Assalamualaikum..

Dah terlalu lama rasanya aku meninggalkan blog ni. Dah macam idup segan, mati tk mahu.. Tak kisah la, tp agak sibuk jugak akhir2 ni walaupun kdg2 terasa bahawa alasan tu kerap digunakan manusia yg sering mencari alasan untuk menyelamatkan diri dalam apa jua keadaan. Bkn nak ckp diri baik, tp cuma bingkisan tarbiah kita sesama insan. Sejauh mana kita jujur dgn diri, dgn kwn2, dgn ibu bapa, dgn ahli keluarga, dgn guru2.. dan yg penting dgn Allah.. kadang2 kita menipu walaupun dgn keadaan sedar mahupun tidak.
Carilah kebaikan, berbuatlah kebaikan, terimalah kebaikan, warisilah kebaikan.. sebagai manusia, kita kerap melakukan kesalahan. Disebabkan itu, perlu sentiasa berhati2. Soal kejujuran? dalam konteks sbg student, sejauh mana kita jujur? contoh asignment. Sejauh mana kita jujur dalam menghasilkan tugasan tersebut? tiru? copy senior? tepuk dada tanya selera. Kadang2 kita tak sedar, tapi disitulah datang keberkatan ilmu. Agak hairan kadang2 org yg dapat pointer yg cantik sukar nak dapat kerja. Memang ini termasuk dalam soal rezeki, tapi kita perlu kaji, punca sebenar keadaan tu berlaku. Tugasan berkumpulan? hmm.. ni lg satu yg aku btul2 tak minat. Ada sleeping partner. Sendiri mau ingt la. Kita akan hidup dgn sumpah seranah kwn2 yg tak tido utk siapkan tugasan tersebut. Di situ keberkatan akan ditarik dan tak perlu persoalkan lg soal ssh dpt keja.
Apa pun utk kwn2 yg hampir ataupun dah dpt keja, carilah keberkatan dalam bekerja.. jgn ngular atau curi tulang, tak berkat tu..
Wassalam

SIEMENS dah datang

0

Assalamualaikum..

Hari Khamis aritu, wakil SIEMENS yg janji nak datang tu dah pun datang. MR Ng. dgn Mr. Isaac sampai pada pukul 9.30 pagi. Aku dah pun setup project aku awal2 n beli air mineral utk dibekalkan kepada tetamu semasa proses install software tersebut. Kadang2 cam tak percaya lak diorg sanggup turun dari KL semata2 nak pinjamkan software yg berharga RM9000 tu kat aku. Tapi tu la yg terjadi.. Mula2, Puan Mimi ada skali, tapi jap je, just sambut diorg, pastu dia pun teruskan la keja dia.. Mula2 Mr. Ng tu kemain impressed lg dgn UTeM.. so big ar.. dia la ckp, aku layankan je.. pastu diorg install la kat pc aku kat PFI nuh.. jap je Mr. Ng balik sbb ada meeting apa ntah kat area2 MElaka jgk, dia tgglkan MR. Isaac utk meneruskan perjuangan menginstall software tersebut kat aku.. dah siap install, pulun punya pulun tak buleh plak communicate dgn PLC aku. Aku pun heran, org expert dah dtg ni tak blh wat lak. smpi hampir kul 1 aku suggest kuar lunch dl, pastu smbg. Aku bawak la Mr. Isaac pg restoran Aiman kat dgn MITC, ajak abg technician yg jaga project aku tu skali. tumpang keta dia. Sampai je sana satu hal lak, nk amek lauk apa yek kat Mr. Isaac ni, bedal je la.. mula2 aku nk pg kat restoran MAlim ikan bakar, tgk2 ramai lak, sok pg kat restoran ni takde lak ikan bakar, so aku amek la ayam masak merah, asam pedas pari dgn daging tetel, sayur kobis, dgn fresh orange 1 jug, air kosong sorg 1 mug. Dah order br terfikir, ada jgk org India yg tak makan daging ni. pastu tgk dia makan ikan je. Tny la dia, makan daging tak, dia ckp dia makan. Dia gtau tak semua org India tak makan daging, dia kat bhgn Calcutta makan je. So, ok la tu. Tp, time nak bayar, dia gtau dia nak bayar, kelam kabuta ku pg kat kaunter, takkan nak bg dia bayar. Dah la dtg jauh, bergaduh2 jgk la aku dgn dia kat kaunter, last2 dia yg menang sbb cashier tu amek duit dia dulu. Pas je makan balik smbg wat keje last2 pas dia kol kwn dia dah boleh communicate la PLC tu. Alhamdulillah.. Dia balik lebih kurg kul 4. skip jgk la 1 tutorial kls aku. Apa pun dah ada sinar harapan baru utk project aku. Doakan aku dapat achieve objective..
wassalam...

SIEMENS malaysia

1

Assalamualaikum..

Arini dapat email dari Puan Mimi awal2 lagi. Sbnrnya email ni dia reply kat Mr. Ng just nk confirmkan location coz Mr. Ng wakil dari SIEMENS malaysia tu nk dtg khamis ni. Ada sinar lagi la utk projek aku mencapai objektif yg disasarkan tu..
Arini jgk aku present project simulation yg pulun wat dlm minggu2 sebelum ni. Kira puas ati jgk la sbb buleh simulate robot guna workspace 5 tu dgn jayanya. lepas je present, pg kelas robot pastu terus ke PFI nk tgk status conveyor aku tu dah diubah lom.


Sampai je jmpa dgn En. Hanafiah (technician yg jaga projek aku tu). Rupa2nya dia dah ubah, sorg2 dia. Kesian dia. Disebabkan aku ada presentation pg tu, tk dpt nk tlg.
Dah sbb ubah ni aku ON la balik conveyor tu. biasa la, klu ubah ni kang ada je nak mereng. Tp Alhamdulillah la, semua in good condition, cuma kena ketatkan balik dia punya pusher tu. Try running lik kot2 coding lari. Tengah baik pny testing tetiba datang sekumpulan bebudak politeknik Merlimau. Ayark..!! abes aku. kang diorg tny macam2. setelah diperkenalkan oleh sorg staf kat situ selaku pemandu pelancong diorg, dia siap cakap lg, ini adalah conveyor system, tu student yg wat projek ni.. ngee.. tak buleh elak dah.
Pastu dgn muka kagum bebudak tu tny macam2 soalan kat aku. Cam dasat je aku ni. Tp tkpe, still control macho, goreng je kat bebudak ni. Nasib baik lecturer dia tk tny, klu tak tktau cmne nak goreng.. huhu...
Pastu ngah sorg2 selongkat conveyor tu, tetiba tgn terkepit kat pusher dia lak. Ayark luka la jari aku yg comel tu. Dosa arini byk kot.. Tkpe la, terbalas. InsyaAllah. Apa2 pun tunggu la khamis ni, tgk cmne Mr Ng dgn Mr. Isaac dtg install software yg diorg nk pinjamkan tu.. Doakan semua bejalan lancar.. Ameen
wassalam..

Projek SaRjAna MuDa

2

Salam..

ayark.. cmne nih, semalam Puan Mimi merangkap supervisor utk projek final aku kol, dia ckp wakil dari SIEMENS malaysia dah bersetuju nak pinjamkan aku software diorg utk aku wat projek aku ni.. tapi masalahnya skrg PFI (lab kat fakulti yg tempatkan projek aku) tgh renovate plak. semua power supply diorg buka. Cmne aku nk bg wakil SIEMENS tu install software tu.
Tapi, rileks je.. hero bkn nak gelabah2 (padahal dah kecut perut dah). Aku pun pegi la jumpa technician yg jaga conveyor aku tu. Cuba deal apa2 yg terbaik leh wat. Akhirnya dia setuju nk angkat kuar conveyor tu letak kat tepi. Aku pun dah maklumkan kat Puan Mimi, tp Puan Mimi cm tak setuju lagi sebab letak kat tepi tu pun still lg semak sbb diorg ngah wat wiring. So, dia cuba berbincang dgn ketua jabatan Robotik nk minta satu lab yg agak bersih dan terkawal. So, sama2 kita tgk keputusan kj pada minggu hdpn.. huhu

wslm..

PerLawAnaN FuTsAL TaMaN SeRi BaYaN

0

Assalamualaikum..

semalam Ahad, aku ada join jgk pertandingan futsal anjuran rukun tetangga Taman Seri Bayan kat umah aku sewa ni. Boleh la jgk rapatkan silaturahim dgn penduduk2. Abang sebelah umah ni yg bg borang kat umah kitorg, minta wakil utk lorong SB1. pertandingan ni lawan tiap2 lorong di Taman Seri Bayan ni. Jadi kiranya tiap2 lorong ada satu wakil je la. wakil lorong aku majoritinya diwakili ahli2 umah aku. campur dgn abg tu selaku pengurus dgn sorg adik utk penuhi syarat mesti ada seorg yg bawah 18 thn. Sampai je kat gelanggang futsal Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ayer keroh, dah rasa team kitorg sedikit terpsyko dgn penampilan team2 yg bertanding. Nampak hebat2. Tak kisah la, objektif kitorg just nk suka2 je. untuk perlawanan yg pertama, dgn jayanya kitorg menang tipis, 2-1. hehe kira ok la tu. tp yg tak bestnya utk perlawanan ke 2 kena belasah. dgn budak2 plak tu. 7-0. huhu.. down giler. Tp tkpe, ada peluang lg nk menang, br kalah sekali. pastu perlawanan ke 3 kitorg menang jgk 2-1. dgn jaring hasil tanduk sikit je. Bila kwn aku yg jadi keeper tu lontarkan bola, just toch ckit je masuk gol. huhu.. tak puas ati team yg kalah tu.
Sebelum2 ni aku biasa main bese2 je futsal, tp kali ni rasa gerun lak, sbb tgk ref dia tu mcm ada pentauliahan je.. huhu.. tak sangka kitorg juara kumpulan. Berjaya pergi semi final. Jumpa dgn team yg sorg tu staf kat utem. hehe.. menang jgk beb.. 3-2. so maksudnya kitorg mara ke final bertemu dgn team yg kalahkan kitorg 7-0 di peringkat kumpulan tu. Mmg underdog la kitorg. Tp tkpe, mula2 diorg score jadikan kedudukan 1-0, pastu barulah diorg score jgk lg 1 menjadikan 2-0. hehe.. abeh la team aku.. tp pastu kitorg bangkit, score sebijik. jadi 2-1, pastu kena lg 3-1. second half si fadhlin ni dah jd cam gila lak, kemain ganas lg dia asyik shoot je kat gol lwn smpi leh jd 3-3. abes masa still terikat 3-3. so, terpaksa dilanjutkan ke penalti la. nasib kitorg baik, jd juara la kitorg.. huhu..
dapat la hamper dgn wang tunai RM120.00, malam tu kitorg terus wat champion party.. huhu.. kenduri la sikit2 kesyukuran. ;-). Alhamdulillah....

sebahagian dr makanan semalam

AkU DaN SeJaRaH

0

Assalamualaikum...

Ujan lg malam nih.. Rahmat.. 2 kali ujan lebat, 2 kali jugak aku kuyup.. huhu.. berkenan tul ujan tu kat aku. Mula2 ingt nk kuar makan je. kat Krubung tu.. Nasi Ayam Singapore. Banyak giler nasi dia letak. Buleh kenyang la klu mkn. Puas ati la kiranya. Dengan harga yg berpatutan. So, pada bebudak UTeM, cubalah nasi Ayam Singapore kat Krubung tu. Jalan ke arah Cheng, tepi jalan je..
Tgh2 wat keje ni teringat lak sejarah dulu2. Start bergelarnya K-own di zaman tadika lg, ingt lg time tu Wan, rakan setadika tny nama aku. aku pun gtau la siap dgn nama penuh lg. ntah dari mana datangnya ilham dia. sesuka je ckp nk pggl aku k-own. senang, pendek je. Pastu terus melekat smpai aku ensem muda belia skrg nih.. heh2...
Zaman tadika aku dulu penuh onak dan duri, aku mcm2 penyakit ada. Sampai satu tahap, tak buleh pg tadika sbb jd apa ntah kat kaki smpi tak buleh jalan. Siap mengesot ja aku klu nk bgerak.. (ntah paham ke tak mengesot tu). Separuh sem jugak la aku tak pi tadika (erk.. tadika kira sem jgk ke?) pas pi balik, kemain meriah lg aku disambut.. glemer gak aku kat tadika lg dah terserlah.. heh2..
Pastu masuk darjah 1 kat sek ren keb Jeniang. Aku masuk kelas 1 Chempaka.. huhu.. tak rock tul nama kelas. Sejarah sek rendah ni tak menunjukkan keheroan aku lg.. (macam skrg hero je.. heh2)
Tapi dalam dok slow2 pun still lg score UPSR. Dasat tol, cmna leh aku jwb sehebat tu ntah.. kombang lubang idong cekgu aku. Walaupun mula2 aku diorg tak pandang pun.
Pastu aku masuk sek men keb Tunku Sulong. Kat sini pun aku lama jgk. abis PPMR pun still lg dok situ. Kwn2 segroup sestadi dah berpindah ke sek teknik. Tp takpa, no prob.. aku ok je (padahal dah down giler) apsal aku tolak twrn sek teknik tu.. huhu.. 1st exam aku kantoi giler. Failed fizik. Cekgu Saripah merangkap cekgi pizik pggl aku. Tny aku apa masalah.. aku jwb je ntah.. mmg teruk kot aku.. Last2 dia ckp sbb tkde kwn yek.. Huhu.. dia tau lak.. dasat tul, mana dia tau ntah. Padahal lum pernah ajar aku pun. Dia dah siap kaji lak sal aku. Tp aku berjaya jgk la mengharungi SPM tu tanpa ada subjek yg tercicir dr sijil. heh2..
Abeh je SPM, aku keje kejap. sementara tunggu nk smbg blaja lik. Tp tkde mana2 yg pggl aku pi smbg pun.. huhu.. teruk tul.. tunggu punya tunggu, last2 ada la jgk yg pggl. Politeknik Sultan Azlan Shah, pada masa tu masih lg Politeknik Tanjung Malim. Buleh la dari tkdak yg pggl. Aku dapat kos mekatronik. Masa mula2 dpt tu aku pun tktau kat mana tjg malim. kwn2 dok gelak ckp hulu.. huhu.. mmg la hulu.. hujung Perak dah, aku siap pg makan roti canai kat selangor dgn kwn aku, pastu balik plak perak p kls. heh2..
Abeh je wat dip kat Poli, aku keja jgk kejap. Sepanjang byk2 pengalaman keja aku, kat sini yg paling best. Tkde pressure pun. keja srnk, kebajikan terjaga. tp kejap je, pastu aku smbg lik kat UTeMku cemerlang, gemilang, terbilang ni.. (yola tu). Pas abeh ni ingt takmau stdy dah kot. Nak keja lak. Wat aset. Skrg ni dok wat utang je byk. klu dah kaya nanti br pikir nak stdy lik kot. Sampai ke China.. ;-)
apa pun tahniah kepada Dato Lee Choong Wei sal menang All England tu.. (tetiba masuk sukan lak huhu..) ok.. wslm.. chow..

Made In Japan

0

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

"Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

"Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

"Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang.....ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

"RM100 please..." kata pemandu teksi selamba.

"What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati.

"Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.

KenDuRi....

0

Assalamualaikum..

Ayark.. dah lama tak kena ujan, arini leh kuyup lak basah kena ujan. Aku ingt org kedah kalis air.. tp skrg aku kat melaka.. abes basah la. dah lama tak kena ujan cmnih.. smpi tk nmpk jalan. Pedih lak tu.. bak duri2 sembilu menusuk ke kulit aku.. huhu.. ayat jiwang lak.
Arini dah tgk lg satu kenduri di Melaka ni. Boleh tahan meriah. Awal2 lg aku dah berkira2 utk pg atau tak kndr umah mak mertua mak lang aku tu.. mana taknya, mula2 skali aku dtg melaka ni, Paklang aku bw pg umah tu, dah la blur lg.. jalan kat Melaka pun lom tau, jadi setelah sekian lama tak pg, arini aku dijemput. mana aku ingt jalan da.. huhu.. Tp tkpe, wat kool je.. wat2 cm tau. hehe.. bodoh sombong tul.. Apapun aku mengambil satu keputusan yg canggih. buka je Google Map. Maka terpampanglah lokasi yg ingin aku tuju. Kampung Pengkalan Klemak... ntah apa sejarah kg tu buleh dapat nama cmtu.
aku tgk2 kat Google Map tu dari umah aku, ambik je lebuh AMJ tu, terus smpi2 dkt pekan Alor Gajah. memang senang tul teknologi skrg tu.. akan tetepi.....!! (ceh, wat suspens lak..) dalam Google Map tu tak tulis lak umah pengantin.. huhu.. (ingt kad kndr ke hape) so.. lokasi kg sdh pun dikenalpasti, jadi umah tu kena tgk2 la jgk.
Aaahhh.. misti ada bunga manggar pny, kan kndr.. takkan tak letak kot.. smpi je simpang yg dkt2 tu, ada la petunjuk tu.. akan tetapi lg...!! (suspens wat kali kedua), harapan tinggal harapan, jgnkan bunga manggar, bunga yg lain2 yg menunjukkkan kekendurian pun aku tak jmpa. (ceh, tak letak sign la plak). Tp tkpe, disebabkan nak menunjukkan keheroan aku, aku cm ingt2 lupa yg umah nenek tu kena naik bukit sikit. ada mini tar tepi jalan. So, pas je aku ambik simpang yg benar, aku tgk je ada mini tar, pastu cm bukit sikit, dgn konfidennya aku masuk dgn muka yg puas dan bangga kerana aku berjaya menjumpai lokasi yg dicari.. akan tetapi..!! (byk tul tapi kali nih..) aku masuk lorong mana ntah. tgk2 umah org. pastu nmpk jgk ada lorong tanah merah.. mungkin yg tu kot.. aku lalu situ, yg peliknya ada kubur.. complete dgn batu nisan. Yg peliknya lagi, ada kubur tu satu je sebatang kara.. (erk.. leh ke pakai sebatang kara kat kubur).. tp tkpe, sbb siang, niat pun nk cari umah kndr, tkde lak terasa seram, malah aku siap lalu lagi kat situ.. bila dah lalu situ jalan semakin mencabar, bergegar2 otak aku bwk moto kat jalan tak rata, siap kena lalu kat bwh pencawang lg tu.. bahaya tu. pastu aku dah terfikir, misti salah ni, so, pusing balik, turun la dr bukit yg mencabar tu.. rupa2nya dari bukit tu aku dah nampak, orang ramai dgn baju berwarna-warni (bkn ari raya yek) dgn gaya nk pg kenduri di bukit sblah sbrg jalan dari bukit mencabar yg aku lalui itu... (huhu skema ayat). aku pun turun lik, cari jalan mana yg leh naik ke bukit tu.. akan tetapi..!! (tapi lg, boring la.. tak saspens dah pun).. aku tk nmpk pun jalan2 yg menunjukkan akan ke bukit yg nak aku daki tu.. Tp takpe, aku nmpk je makcik yg macam nak pg kenduri tu, aku tny la
Aku: Assalamualaikum makcik, tumpang tny boleh?
Makcik pakai bj ungu: Waalaikumussalam, ye, tny la..
Aku yg ensem: makcik.. ni kg Klemak ke? ( kena tny gak.. tkt2 silap kg.. bkn ada signboard)
makcik yg baju ungu td: a'ah.. ni kg klemak la ni..
aku yg masih ensem: ha.. umah kndr kat mana ye makcik?
makcik yg masih bj ungu (mmg la, bila masa dia nk tukar bj tu) : adik naik jalan dpn tu, trus je.. jmpa la..
aku yg ensem kuasa 2: ooo.. terima kasih ye makcik..
makcik yg pakai bj oren (kwn dia la kot): ;-) (senyum la tu.. huhu.. aduyai)
pastu dengan senang atinya aku terus naik bukit tu.. jumpa la umah tersebut.. kira ok la tu, aku pakai no plat kedah, mmg patut aku bertanya pun..
sampai je umah kndr, dah nmpk kelibat paklang.. heh2.. aku pg kat dia dulu. org lain mana aku kenal.. tu adik beradik sblh paklang aku, aku tepuk belakang dia, pergh.. cam terharu lak dia.. dia ckp bangngah dtg sorg ke? jmpa ye.. tak sesat ke? terer bangngah.. (heh2.. tak kombang lubang idong pun.. hehe) dia terus bwk bg mkn. Layan bak raja.. hehe.. tp tak boleh lawan la raja sehari diorg aritu, aku raja 30 minit je kot sbb time mkn je, pastu lyn diri la aku. Siap panggil maklang aku srh temankan aku makan. Siap kenalkan kat sedara2 diorg, aku sengih2 jela, makan tetap mkn.. lapar beb..
aku ingt nak balik awal time tu, tp ditahan plak srh tggu. Last2 balik kul 5.40 kot, br je 5 min perjalanan dah kena ujan. huhu.. bermandi ujan la aku.. smpi je umah, mandi.. perut dah lapar sbb kesejukkan.. tak smpt maghrib, aku bantai lg skali nasi kndr yg aku bw balik tu.. heh2, ok la tu, malam dah tk pyh mkn. Apapun, arini dapat jgk tgk tmpt org. Kira tambah pengalaman la.. sok2 kndr tmpt jauh tak kekok sgt huhu.. [jauh la jgk.. ;-)] ok lah, dah melalut byk dah ni, lg byk tulis, lg ayat berterabur, so.. sblm lg byk salah, baik stop dl..
wassalam..
hehe.. smpt snap khemah pengantin je, yg lain tk ambik pic pun. huhu

Karnival Kerjaya UTeM 2010

0


Assalamualaikum..

pagi td sempat la jenguk2 jap karnival kerjaya UTeM yg berlangsung selama 2 hari start arini dgn esok.. byk jgk la company yg dtg menunjukkan minat untuk pengambilan pekerja2 baru di syarikat diorg..

ada yg wat open interview terus kat situ, ada jgk yg mintak isi form utk dipggl interview. Dalam byk2 company td, prasan jgk la company bekas tmpt praktikal dulu. bila pg tgk2, tnya apa yg ptt, rupa2nya company yg dtg tu SONY EMCS KL Tec yg kat Bangi, cwangan yg kt Penang Tec tkde link dgn diorg.. Mula terfikir gak, sepatutnya company yg world wide cmtu ada link, tp mungkin bhgn pengurusan tkde kena mengena kot. Tak kisah la, apa pun puas ati la tgk company yg dtg ambik bhgn td. mungkin masih ramai yg tak kenal UTeM. Apa pun, pasni harap ramai lg company yg dtg nk cari graduan2 UTeM yg dgrnya makin naik dlm industri skrg ni..
Esok klu smpt, nk pg tgk lg kot2 ada peluang2 lain yg ada. Pada student2 UTeM yg belum dtg, dijemput beramai2 dtg esok dekat Pusat Persatuan Pelajar , Kampus Induk UTeM. Mana tau ada rezeki kita kat situ..
wslm..