LArangan Pada Hari Jumaat..

Assalamualaikum..

Hari ni smpt jugak menjengah pasar malam kat umah baru di Taman Ayer Keroh Height. Walaupun tak la ramai yg menjual macam kat depan umah di kedah, tp boleh tahan jugak yg datang membeli sbb kebanyakkan penduduk disini jugak warga asing yg bekerja di kawasan perindustrian berhampiran..

Bila tgk kegiatan jual beli ni teringat jugak kuliah yg diberikan oleh sorg ustaz di pusat islam tempat keja dulu. Beliau menyampaikan kuliah berkenaan urusan jual beli dalam islam. Jelas, tak ramai yang tahu ataupun perasan yg urusan jual beli pada hari jumaat adalah haram dan dilarang. Walaubagaimanapun pengharaman ini berlaku ketika imam berdiri membaca khotbah sehingga selesai sembahyang jumaat. Larangan berbentuk haram bagi lelaki. akan tetapi, larangan tersebut tidak melibatkan kaum wanita.

Al-Quran Menjelaskan mengenai berjual beli pada hari Jumaat pada surah al-Jumuah ayat 9 yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembhayang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"

Tapi, secara logiknya sekarang, hari jumaat adalah hari bekerja kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu. Walaupun ketiga2 negeri ini cuti pada hari tersebut, namun kebanyakkan sektor swasta tetap bekerja pada hari jumaat. Saya juga pernah menjalani latihan industri dan tidak terkecuali tetap tidak bercuti pada hari tersebut. Secara umumnya, pada waktu tersebut pekerja akan diberi rehat dari pukul 1 hingga 2.30 petang. Jadi pada waktu tersebut juga pekerja mangambil kesempatan utk lunch dan tak kurang jugak gerai2 yg ligat menjual makanan di sekitar2 masjid. Apa yang dapat saya perhatikan, ramai yg masih menjalankan sesi berjual beli walaupun khutbah sudahpun bermula. Ramai yg tidak tahu larangan ketika itu dan berpendapat mereka tetap datang solat tanpa sedar telah melakukan kesalahan.

Jadi kepada sahabat2 yg belum mengetahui larangan ini, elakkan untuk menjalankan jual beli ketika solat jumaat. Sebarkan kepada ahli keluarga dan rakan2 untuk kesejahteraan bersama.

Wassalam..

Comments (0)

Post a Comment