JAUHI KANSER – BAGAIMANA??


Assalamualaikum...


* Berhenti Merokok

Nasihat ini sangat mudah disebut tetapi sukar diamalkan. Amalan merokok adalah 90 peratus (90%) penyebab penyakit kanser paru-paru, kanser mulut, kanser esofagus, kanser pundi kencing, kanser buah pinggang dan kanser pankreas.

* Kurangkan Berat Badan

Penyakit kanser uterin adalah berkemungkinan kerana lemak yang berlebihan menyebabkan penambahan jumlah oestrogen dalam darah. Wanita yang mempunyai berat badan melebihi 35% daripada berat badan normal, terdedah kepada 55% risiko kanser rahim, kanser payu dara, kanser serviks, kanser endometrium, kanser ovari dan kanser hempedu.

Manakala lelaki yang mempunyai berat badan melebihi 35% daripada berat badan normal, terdedah kepada 40% risiko menghidap kanser usus besar dan kanser prostat.

* Lakukan Senaman

Apa yang perlu anda lakukan adalah aktiviti sederhana sejam setiap hari seperti berkebun, menaiki tangga adalah aktiviti yang baik.

Senaman dapat membantu mencegah penyakit jantung dan tulang, malah ia juga dapat mencegah dari terkena kanser. Melakukan senaman yang ringan dengan kerap, berkemungkinan dapat membantu membuang bahan kumuh dengan cepat daripada sistem pembuangan dan karsinogen (punca kanser) yang mungkin terdapat dalam makanan.

Senaman juga boleh mengurangkan risiko kanser payu dara dan kanser prostat, iaitu dengan bersenam, lemak di badan akan berkurangan. Wanita yang bertugas memerlukan pergerakan seperti berjalan dan mengangkat barang, kurang mengalami masalah ini.

Antara aktiviti baik yang boleh anda lakukan secara sederhana selama sejam setiap hari adalah seperti berkebun dan menaiki tangga.

* Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Kompaun yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai psitokemia mempunyai keupayaan mencegah kanser secara semula jadi. Serat dalam makanan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran bersatu dengan estrogen yang dapat membantu membuangkan hormon dari saluran darah sekali gus mengurangkan risiko kanser.

* Pengambilan Teh

Kuasa pencegahan kanser dalam teh datangnya daripada flavonoids, iaitu kompaun antipengoksidaan yang terdapat dalam teh hijau dan hitam. Kajian yang dilakukan di Universiti Minnesota, mendapati lebih 35,000 wanita yang telah putus haid dan mengamalkan meminum dua atau tiga cawan teh sehari, 68% kurang mendapat kanser saluran kencing, manakala 32% kurang mendapat kanser saluran penghadaman daripada wanita yang tidak minum langsung.

* Kurangkan Makan Daging

Pakar mendapati ada sesetengah komponen daging yang boleh menyebabkan anggota badan kita terdedah kepada karsinogen. Mereka yang suka makan daging, risiko terdedah kepada kanser usus besar dan kanser prostat adalah dua kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak mengambil daging. Oleh itu, kurangkan makan daging.

Begitu juga dengan cara kita memasak. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan karsinogen pada daging. Seelok-eloknya panggang dulu daging dalam di dalam ketuhar untuk beberapa minit bagi tujuan membuang airnya. Setelah itu barulah panggang daging seperti biasa.

* Jangan Minum Alkohol

Bagi mereka yang minum alkohol terlalu banyak, mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit kanser hati, kanser esofagus (terutama apabila mereka juga seorang perokok), kanser usus besar (apabila mereka mempunyai paras asid folik yang rendah) dan kanser dubur.



Comments (0)

Post a Comment