BeRkAt

0

Assalamualaikum..

Dah terlalu lama rasanya aku meninggalkan blog ni. Dah macam idup segan, mati tk mahu.. Tak kisah la, tp agak sibuk jugak akhir2 ni walaupun kdg2 terasa bahawa alasan tu kerap digunakan manusia yg sering mencari alasan untuk menyelamatkan diri dalam apa jua keadaan. Bkn nak ckp diri baik, tp cuma bingkisan tarbiah kita sesama insan. Sejauh mana kita jujur dgn diri, dgn kwn2, dgn ibu bapa, dgn ahli keluarga, dgn guru2.. dan yg penting dgn Allah.. kadang2 kita menipu walaupun dgn keadaan sedar mahupun tidak.
Carilah kebaikan, berbuatlah kebaikan, terimalah kebaikan, warisilah kebaikan.. sebagai manusia, kita kerap melakukan kesalahan. Disebabkan itu, perlu sentiasa berhati2. Soal kejujuran? dalam konteks sbg student, sejauh mana kita jujur? contoh asignment. Sejauh mana kita jujur dalam menghasilkan tugasan tersebut? tiru? copy senior? tepuk dada tanya selera. Kadang2 kita tak sedar, tapi disitulah datang keberkatan ilmu. Agak hairan kadang2 org yg dapat pointer yg cantik sukar nak dapat kerja. Memang ini termasuk dalam soal rezeki, tapi kita perlu kaji, punca sebenar keadaan tu berlaku. Tugasan berkumpulan? hmm.. ni lg satu yg aku btul2 tak minat. Ada sleeping partner. Sendiri mau ingt la. Kita akan hidup dgn sumpah seranah kwn2 yg tak tido utk siapkan tugasan tersebut. Di situ keberkatan akan ditarik dan tak perlu persoalkan lg soal ssh dpt keja.
Apa pun utk kwn2 yg hampir ataupun dah dpt keja, carilah keberkatan dalam bekerja.. jgn ngular atau curi tulang, tak berkat tu..
Wassalam

SIEMENS dah datang

0

Assalamualaikum..

Hari Khamis aritu, wakil SIEMENS yg janji nak datang tu dah pun datang. MR Ng. dgn Mr. Isaac sampai pada pukul 9.30 pagi. Aku dah pun setup project aku awal2 n beli air mineral utk dibekalkan kepada tetamu semasa proses install software tersebut. Kadang2 cam tak percaya lak diorg sanggup turun dari KL semata2 nak pinjamkan software yg berharga RM9000 tu kat aku. Tapi tu la yg terjadi.. Mula2, Puan Mimi ada skali, tapi jap je, just sambut diorg, pastu dia pun teruskan la keja dia.. Mula2 Mr. Ng tu kemain impressed lg dgn UTeM.. so big ar.. dia la ckp, aku layankan je.. pastu diorg install la kat pc aku kat PFI nuh.. jap je Mr. Ng balik sbb ada meeting apa ntah kat area2 MElaka jgk, dia tgglkan MR. Isaac utk meneruskan perjuangan menginstall software tersebut kat aku.. dah siap install, pulun punya pulun tak buleh plak communicate dgn PLC aku. Aku pun heran, org expert dah dtg ni tak blh wat lak. smpi hampir kul 1 aku suggest kuar lunch dl, pastu smbg. Aku bawak la Mr. Isaac pg restoran Aiman kat dgn MITC, ajak abg technician yg jaga project aku tu skali. tumpang keta dia. Sampai je sana satu hal lak, nk amek lauk apa yek kat Mr. Isaac ni, bedal je la.. mula2 aku nk pg kat restoran MAlim ikan bakar, tgk2 ramai lak, sok pg kat restoran ni takde lak ikan bakar, so aku amek la ayam masak merah, asam pedas pari dgn daging tetel, sayur kobis, dgn fresh orange 1 jug, air kosong sorg 1 mug. Dah order br terfikir, ada jgk org India yg tak makan daging ni. pastu tgk dia makan ikan je. Tny la dia, makan daging tak, dia ckp dia makan. Dia gtau tak semua org India tak makan daging, dia kat bhgn Calcutta makan je. So, ok la tu. Tp, time nak bayar, dia gtau dia nak bayar, kelam kabuta ku pg kat kaunter, takkan nak bg dia bayar. Dah la dtg jauh, bergaduh2 jgk la aku dgn dia kat kaunter, last2 dia yg menang sbb cashier tu amek duit dia dulu. Pas je makan balik smbg wat keje last2 pas dia kol kwn dia dah boleh communicate la PLC tu. Alhamdulillah.. Dia balik lebih kurg kul 4. skip jgk la 1 tutorial kls aku. Apa pun dah ada sinar harapan baru utk project aku. Doakan aku dapat achieve objective..
wassalam...

SIEMENS malaysia

1

Assalamualaikum..

Arini dapat email dari Puan Mimi awal2 lagi. Sbnrnya email ni dia reply kat Mr. Ng just nk confirmkan location coz Mr. Ng wakil dari SIEMENS malaysia tu nk dtg khamis ni. Ada sinar lagi la utk projek aku mencapai objektif yg disasarkan tu..
Arini jgk aku present project simulation yg pulun wat dlm minggu2 sebelum ni. Kira puas ati jgk la sbb buleh simulate robot guna workspace 5 tu dgn jayanya. lepas je present, pg kelas robot pastu terus ke PFI nk tgk status conveyor aku tu dah diubah lom.


Sampai je jmpa dgn En. Hanafiah (technician yg jaga projek aku tu). Rupa2nya dia dah ubah, sorg2 dia. Kesian dia. Disebabkan aku ada presentation pg tu, tk dpt nk tlg.
Dah sbb ubah ni aku ON la balik conveyor tu. biasa la, klu ubah ni kang ada je nak mereng. Tp Alhamdulillah la, semua in good condition, cuma kena ketatkan balik dia punya pusher tu. Try running lik kot2 coding lari. Tengah baik pny testing tetiba datang sekumpulan bebudak politeknik Merlimau. Ayark..!! abes aku. kang diorg tny macam2. setelah diperkenalkan oleh sorg staf kat situ selaku pemandu pelancong diorg, dia siap cakap lg, ini adalah conveyor system, tu student yg wat projek ni.. ngee.. tak buleh elak dah.
Pastu dgn muka kagum bebudak tu tny macam2 soalan kat aku. Cam dasat je aku ni. Tp tkpe, still control macho, goreng je kat bebudak ni. Nasib baik lecturer dia tk tny, klu tak tktau cmne nak goreng.. huhu...
Pastu ngah sorg2 selongkat conveyor tu, tetiba tgn terkepit kat pusher dia lak. Ayark luka la jari aku yg comel tu. Dosa arini byk kot.. Tkpe la, terbalas. InsyaAllah. Apa2 pun tunggu la khamis ni, tgk cmne Mr Ng dgn Mr. Isaac dtg install software yg diorg nk pinjamkan tu.. Doakan semua bejalan lancar.. Ameen
wassalam..

Projek SaRjAna MuDa

2

Salam..

ayark.. cmne nih, semalam Puan Mimi merangkap supervisor utk projek final aku kol, dia ckp wakil dari SIEMENS malaysia dah bersetuju nak pinjamkan aku software diorg utk aku wat projek aku ni.. tapi masalahnya skrg PFI (lab kat fakulti yg tempatkan projek aku) tgh renovate plak. semua power supply diorg buka. Cmne aku nk bg wakil SIEMENS tu install software tu.
Tapi, rileks je.. hero bkn nak gelabah2 (padahal dah kecut perut dah). Aku pun pegi la jumpa technician yg jaga conveyor aku tu. Cuba deal apa2 yg terbaik leh wat. Akhirnya dia setuju nk angkat kuar conveyor tu letak kat tepi. Aku pun dah maklumkan kat Puan Mimi, tp Puan Mimi cm tak setuju lagi sebab letak kat tepi tu pun still lg semak sbb diorg ngah wat wiring. So, dia cuba berbincang dgn ketua jabatan Robotik nk minta satu lab yg agak bersih dan terkawal. So, sama2 kita tgk keputusan kj pada minggu hdpn.. huhu

wslm..

PerLawAnaN FuTsAL TaMaN SeRi BaYaN

0

Assalamualaikum..

semalam Ahad, aku ada join jgk pertandingan futsal anjuran rukun tetangga Taman Seri Bayan kat umah aku sewa ni. Boleh la jgk rapatkan silaturahim dgn penduduk2. Abang sebelah umah ni yg bg borang kat umah kitorg, minta wakil utk lorong SB1. pertandingan ni lawan tiap2 lorong di Taman Seri Bayan ni. Jadi kiranya tiap2 lorong ada satu wakil je la. wakil lorong aku majoritinya diwakili ahli2 umah aku. campur dgn abg tu selaku pengurus dgn sorg adik utk penuhi syarat mesti ada seorg yg bawah 18 thn. Sampai je kat gelanggang futsal Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ayer keroh, dah rasa team kitorg sedikit terpsyko dgn penampilan team2 yg bertanding. Nampak hebat2. Tak kisah la, objektif kitorg just nk suka2 je. untuk perlawanan yg pertama, dgn jayanya kitorg menang tipis, 2-1. hehe kira ok la tu. tp yg tak bestnya utk perlawanan ke 2 kena belasah. dgn budak2 plak tu. 7-0. huhu.. down giler. Tp tkpe, ada peluang lg nk menang, br kalah sekali. pastu perlawanan ke 3 kitorg menang jgk 2-1. dgn jaring hasil tanduk sikit je. Bila kwn aku yg jadi keeper tu lontarkan bola, just toch ckit je masuk gol. huhu.. tak puas ati team yg kalah tu.
Sebelum2 ni aku biasa main bese2 je futsal, tp kali ni rasa gerun lak, sbb tgk ref dia tu mcm ada pentauliahan je.. huhu.. tak sangka kitorg juara kumpulan. Berjaya pergi semi final. Jumpa dgn team yg sorg tu staf kat utem. hehe.. menang jgk beb.. 3-2. so maksudnya kitorg mara ke final bertemu dgn team yg kalahkan kitorg 7-0 di peringkat kumpulan tu. Mmg underdog la kitorg. Tp tkpe, mula2 diorg score jadikan kedudukan 1-0, pastu barulah diorg score jgk lg 1 menjadikan 2-0. hehe.. abeh la team aku.. tp pastu kitorg bangkit, score sebijik. jadi 2-1, pastu kena lg 3-1. second half si fadhlin ni dah jd cam gila lak, kemain ganas lg dia asyik shoot je kat gol lwn smpi leh jd 3-3. abes masa still terikat 3-3. so, terpaksa dilanjutkan ke penalti la. nasib kitorg baik, jd juara la kitorg.. huhu..
dapat la hamper dgn wang tunai RM120.00, malam tu kitorg terus wat champion party.. huhu.. kenduri la sikit2 kesyukuran. ;-). Alhamdulillah....

sebahagian dr makanan semalam

AkU DaN SeJaRaH

0

Assalamualaikum...

Ujan lg malam nih.. Rahmat.. 2 kali ujan lebat, 2 kali jugak aku kuyup.. huhu.. berkenan tul ujan tu kat aku. Mula2 ingt nk kuar makan je. kat Krubung tu.. Nasi Ayam Singapore. Banyak giler nasi dia letak. Buleh kenyang la klu mkn. Puas ati la kiranya. Dengan harga yg berpatutan. So, pada bebudak UTeM, cubalah nasi Ayam Singapore kat Krubung tu. Jalan ke arah Cheng, tepi jalan je..
Tgh2 wat keje ni teringat lak sejarah dulu2. Start bergelarnya K-own di zaman tadika lg, ingt lg time tu Wan, rakan setadika tny nama aku. aku pun gtau la siap dgn nama penuh lg. ntah dari mana datangnya ilham dia. sesuka je ckp nk pggl aku k-own. senang, pendek je. Pastu terus melekat smpai aku ensem muda belia skrg nih.. heh2...
Zaman tadika aku dulu penuh onak dan duri, aku mcm2 penyakit ada. Sampai satu tahap, tak buleh pg tadika sbb jd apa ntah kat kaki smpi tak buleh jalan. Siap mengesot ja aku klu nk bgerak.. (ntah paham ke tak mengesot tu). Separuh sem jugak la aku tak pi tadika (erk.. tadika kira sem jgk ke?) pas pi balik, kemain meriah lg aku disambut.. glemer gak aku kat tadika lg dah terserlah.. heh2..
Pastu masuk darjah 1 kat sek ren keb Jeniang. Aku masuk kelas 1 Chempaka.. huhu.. tak rock tul nama kelas. Sejarah sek rendah ni tak menunjukkan keheroan aku lg.. (macam skrg hero je.. heh2)
Tapi dalam dok slow2 pun still lg score UPSR. Dasat tol, cmna leh aku jwb sehebat tu ntah.. kombang lubang idong cekgu aku. Walaupun mula2 aku diorg tak pandang pun.
Pastu aku masuk sek men keb Tunku Sulong. Kat sini pun aku lama jgk. abis PPMR pun still lg dok situ. Kwn2 segroup sestadi dah berpindah ke sek teknik. Tp takpa, no prob.. aku ok je (padahal dah down giler) apsal aku tolak twrn sek teknik tu.. huhu.. 1st exam aku kantoi giler. Failed fizik. Cekgu Saripah merangkap cekgi pizik pggl aku. Tny aku apa masalah.. aku jwb je ntah.. mmg teruk kot aku.. Last2 dia ckp sbb tkde kwn yek.. Huhu.. dia tau lak.. dasat tul, mana dia tau ntah. Padahal lum pernah ajar aku pun. Dia dah siap kaji lak sal aku. Tp aku berjaya jgk la mengharungi SPM tu tanpa ada subjek yg tercicir dr sijil. heh2..
Abeh je SPM, aku keje kejap. sementara tunggu nk smbg blaja lik. Tp tkde mana2 yg pggl aku pi smbg pun.. huhu.. teruk tul.. tunggu punya tunggu, last2 ada la jgk yg pggl. Politeknik Sultan Azlan Shah, pada masa tu masih lg Politeknik Tanjung Malim. Buleh la dari tkdak yg pggl. Aku dapat kos mekatronik. Masa mula2 dpt tu aku pun tktau kat mana tjg malim. kwn2 dok gelak ckp hulu.. huhu.. mmg la hulu.. hujung Perak dah, aku siap pg makan roti canai kat selangor dgn kwn aku, pastu balik plak perak p kls. heh2..
Abeh je wat dip kat Poli, aku keja jgk kejap. Sepanjang byk2 pengalaman keja aku, kat sini yg paling best. Tkde pressure pun. keja srnk, kebajikan terjaga. tp kejap je, pastu aku smbg lik kat UTeMku cemerlang, gemilang, terbilang ni.. (yola tu). Pas abeh ni ingt takmau stdy dah kot. Nak keja lak. Wat aset. Skrg ni dok wat utang je byk. klu dah kaya nanti br pikir nak stdy lik kot. Sampai ke China.. ;-)
apa pun tahniah kepada Dato Lee Choong Wei sal menang All England tu.. (tetiba masuk sukan lak huhu..) ok.. wslm.. chow..

Made In Japan

0

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

"Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

"Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

"Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang.....ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

"RM100 please..." kata pemandu teksi selamba.

"What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati.

"Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.