SaKiT BeLaKaNg...

0

Assalamualaikum...

SAKIT BELAKANG

KETAHUILAH :

· Sakit belakang merupakan salah satu masalah utama di kalangan masyarakat umum.

· Sakit belakang boleh berpunca daripada otot, tulang, ligament, saraf ataupun cakera veterbra.

· Sakit belakang boleh dielakkan dan dicegah

PUNCA-PUNCA SAKIT BELAKANG :

· Posisi bekerja yang tidak betul

· Berdiri atau duduk terlalu lama dengan postur yang tidak selesa/salah.

· Mengangkat beban/pesakit dengan cara yang tidak betul atau lebihan bebanan.

· Ruang kerja yang tidak sesuai (ergonomic ) seperti aras meja/kerusi yang tidak sesuai dengan ketinggian.

· Menggunakan kasut yang tidak sesuai

· Jatuh atau tercedera

· Berat badan berlebihan (gemuk)

· Osteoporosis.

Sakit belakang tidak akan terjadi sekiranya kita berusaha untuk mencegah atau mengelakkan ianya dari terjadi.

Perut Buncit??

0


Assalamualaikum...


cartoon fat.jpgRamai yang mengeluh bila perut dah maju ke depan.

Selain senaman perut, berikut adalah tips yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan perut buncit.

Makan perlahan-lahan

Makan perlahan-lahan membantu kita mengawal jumlah makanan yang masuk ke dalam perut. Ini penting bagi mereka yang hendak mengurangkan berat badan. Dalam erti kata lain, kurangkan kalori yang anda ambil. Otak kita mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk mengesan isyarat ‘kenyang’. Bagi orang yang makan dengan cepat, mereka akan mengambil banyak makanan untuk berasa kenyang dan ketika itu, jumlah kalori yang masuk ke dalam badan mungkin dua kali ganda daripada yang diperlukan.

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan meminum air lebih banyak lagi. Hal ini akan membantu mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh.

Mengurangkan Pengambilan Garam

Jangan makan dengan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara akan tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan perut menjadi kembung. Duduk ketika, makan dan kunyahlah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil yang tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang mengakibatkan kekembungan.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan kekembungan, makanlah buah-buahan yang mengandungi banyak serat seperti nenas, tembikai, belimbing, epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembung adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat. Aspirin kadang-kadang boleh menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan kekembungan. Pil kontrasepsi juga boleh menjadi penyebab masalah sembelit dan kekembungan.

Hindari Sembelit

Apabila anda mengalami sembelit, perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Bersenam akan membantu menggerakkan cairan di dalam perut. Senaman yang disarankan adalah seperti aerobik.


JAUHI KANSER – BAGAIMANA??

0


Assalamualaikum...


* Berhenti Merokok

Nasihat ini sangat mudah disebut tetapi sukar diamalkan. Amalan merokok adalah 90 peratus (90%) penyebab penyakit kanser paru-paru, kanser mulut, kanser esofagus, kanser pundi kencing, kanser buah pinggang dan kanser pankreas.

* Kurangkan Berat Badan

Penyakit kanser uterin adalah berkemungkinan kerana lemak yang berlebihan menyebabkan penambahan jumlah oestrogen dalam darah. Wanita yang mempunyai berat badan melebihi 35% daripada berat badan normal, terdedah kepada 55% risiko kanser rahim, kanser payu dara, kanser serviks, kanser endometrium, kanser ovari dan kanser hempedu.

Manakala lelaki yang mempunyai berat badan melebihi 35% daripada berat badan normal, terdedah kepada 40% risiko menghidap kanser usus besar dan kanser prostat.

* Lakukan Senaman

Apa yang perlu anda lakukan adalah aktiviti sederhana sejam setiap hari seperti berkebun, menaiki tangga adalah aktiviti yang baik.

Senaman dapat membantu mencegah penyakit jantung dan tulang, malah ia juga dapat mencegah dari terkena kanser. Melakukan senaman yang ringan dengan kerap, berkemungkinan dapat membantu membuang bahan kumuh dengan cepat daripada sistem pembuangan dan karsinogen (punca kanser) yang mungkin terdapat dalam makanan.

Senaman juga boleh mengurangkan risiko kanser payu dara dan kanser prostat, iaitu dengan bersenam, lemak di badan akan berkurangan. Wanita yang bertugas memerlukan pergerakan seperti berjalan dan mengangkat barang, kurang mengalami masalah ini.

Antara aktiviti baik yang boleh anda lakukan secara sederhana selama sejam setiap hari adalah seperti berkebun dan menaiki tangga.

* Makan Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Kompaun yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang dikenali sebagai psitokemia mempunyai keupayaan mencegah kanser secara semula jadi. Serat dalam makanan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran bersatu dengan estrogen yang dapat membantu membuangkan hormon dari saluran darah sekali gus mengurangkan risiko kanser.

* Pengambilan Teh

Kuasa pencegahan kanser dalam teh datangnya daripada flavonoids, iaitu kompaun antipengoksidaan yang terdapat dalam teh hijau dan hitam. Kajian yang dilakukan di Universiti Minnesota, mendapati lebih 35,000 wanita yang telah putus haid dan mengamalkan meminum dua atau tiga cawan teh sehari, 68% kurang mendapat kanser saluran kencing, manakala 32% kurang mendapat kanser saluran penghadaman daripada wanita yang tidak minum langsung.

* Kurangkan Makan Daging

Pakar mendapati ada sesetengah komponen daging yang boleh menyebabkan anggota badan kita terdedah kepada karsinogen. Mereka yang suka makan daging, risiko terdedah kepada kanser usus besar dan kanser prostat adalah dua kali ganda berbanding dengan mereka yang tidak mengambil daging. Oleh itu, kurangkan makan daging.

Begitu juga dengan cara kita memasak. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan karsinogen pada daging. Seelok-eloknya panggang dulu daging dalam di dalam ketuhar untuk beberapa minit bagi tujuan membuang airnya. Setelah itu barulah panggang daging seperti biasa.

* Jangan Minum Alkohol

Bagi mereka yang minum alkohol terlalu banyak, mempunyai risiko yang tinggi menghidap penyakit kanser hati, kanser esofagus (terutama apabila mereka juga seorang perokok), kanser usus besar (apabila mereka mempunyai paras asid folik yang rendah) dan kanser dubur.



AMALAN PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADHAN

0


Assalamualaikum...

LOGO-KCHS-1997_BM.jpgKunci kepada amalan makan secara sihat iaitu makan pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang perlu diamalkan walaupun di bulan puasa. Selain daripada itu, kita juga perlu mengambil air yang mencukupi sama ada dalam bentuk minuman ataupun sup.

Berbuka puasa

Mengikut Sunnah, adalah lebih baik mengambil kurma sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Kurma kaya dengan tenaga serta serat. Contoh makanan berbuka puasa yang baik adalah seperti berikut:


Berbuka

3 biji buah kurma, ½ cawan jus buah-buahan, 1 cawan sup sayur atau ½ cawan bubur lambuk dan 1 keping kuih.

Makan malam

1½ cawan nasi, 1 ketul ikan atau ayam, 1 cawan sayur campur dan 1 biji buah.

Makan lewat malam (moreh)

Snek ringkas seperti roti, biskut, sandwic, kuih-muih, kacang atau buah-buahan.

Pengambilan makanan yang pedas serta berempah pula tidak digalakkan semasa berbuka. Ini dikhuatiri menimbulkan ketidakselesaan kepada perut anda di siang hari.

serat.jpgSahur

Sebaik-baiknya, waktu bersahur adalah sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu imsak. Bersahur awal atau sahur sebelum tidur adalah tidak digalakkan.

Semasa bersahur, adalah digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti atau oat. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi sewaktu bersahur. Walau bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana ianya boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.

Contoh makanan untuk sahur yang boleh diambil adalah seperti berikut:


Sahur

1½ cawan nasi, 1 ekor ikan goreng, ½ cawan sup sayur campur dan tauhu, 1 biji pisang atau 3 biji kurma, 1 gelas air kosong dan 1 gelas susu rendah lemak
Atau
1 cawan bijirin sarapan dengan ½ gelas susu rendah lemak dan kismis/hirisan pisang, 2 keping roti mil penuh dengan sedikit jem, 1 gelas jus oren dan 1 gelas air kosong

Pengambilan makanan secara sihat bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan malah membolehkan kita menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

PaNdUaN makanan berkhasiat sempena bulan puasa..

4


Assalamualaikum..

Berikut adalah panduan makanan untuk menjamin kesihatan kita;

Kurangkan penggunaan lemak

Terutama lemak tepu seperti sumber-sumber lemak dari binatang seperti mentega dan keju kerana lemak jenis ini mengandungiparas kolesterol yang tinggi.

Tingkatkan pengambilan buah dan sayur-sayuran segar

Kebanyakkan buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, betik, ciku, pisang mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan buah-buahan import seperti epal, pir dan lai. Sebagai contoh, pisang rastali mempunyai kandungan vitamin C lebih 2 kali ganda berbanding epal hijau. Betik eksotika pula mempunyai kandungan vitamin A hampir 10 kali ganda berbanding limau mandarin. Selain sumbangan vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran juga menyumbangkan serat (fiber).

Lebihkan pengambilan air.

Ketika berbuka puasa, disarankan minum jus buah-buahan (tanpa gula) dan elakkanlah dari minum minuman manis seperti minuman kordial dan minuman berperisa. Minuman yang berkafein seperti kopi tulen juga tidak digalakkan.

Kurangkan pengambilan makanan yang masin

Disamping kita dapat mengelakkan bahaya penyakit, kita juga tidak akan merasa dahaga ketika berpuasa. Ketika bersahur, elakkan mengambil makanan yang masin.

Kurangkan pengambilan makanan/minuman yang manis.

Mengurangkan penggunaan gula adalah baik untuk kesihatan kerana ia dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis dan masalah kegemukkan.

Semoga dalam bulan Ramadhan ini, kita adalah di antara individu yang bijak memilih makanan yang sihat, di samping berjimat-cermat dalam memilih makanan yang sesuai.

TeRiNgAt KeMbALi NaK UpDaTe bLoG..

2


Assalamualaikum... :-)

Pekabor semua?? huhu.. lama giler tak update blog.. dah bersarang dah.. last post pon ari raya aji.. lama tol.. huhu..

Ha.. sekarang aku dah berbeza dari dulu.. Apa yg bezanya tu?? ha.. dulu aku tak keje, sekarang da keje.. heh2.. terasa dah terbertanggungjawab dah.. :-). Kira ok la kot dah keja ni.. at least leh bantu diri dan keluarga yang dah tak perlu dibebani dgn aku yg masih tak bg apa2 pulangan ni.. hehe..

Tapi bila difikir2kan balik.. Cam pelik lak aku ni.. Stdy diploma kejuruteraan Mekatronik, pastu Digree Manufacturing Eng ( Robotic and Automation ) pastu keja yg pelik sikit ni.. cmna time inteview aku leh dpt lak mengatasi candidate2 len.. huhu.. Aku skrg keja kat Advance MAterial Research Centre (AMREC, SIRIM) kat Kulim High Tech Park. Post aku seperti logiknya sblum ni engineer, tapi aku telah bergelar Pegawai Penyelidik atau Researcher kat SIRIM ni..
Ok lagi tu klu tak dgr bidang apa aku bekerja, bila aku ckp je aku keja utk Program Biomaterial di bawah program bahan hayat.. (agak pelik dan tak kena mengena disitu). Setelah aku masuk keja, baru aku faham keperluan aku disitu.. Projek tu memerlukan kelulusan Good Manufacturing Practice (GMP) dan Good Lab Practice (GLP). So ianya memerlukan kerja2 documentation utk pergerakkan projek yg aku tgh develop skrg ni.. Sebenarnya projek aku wat ni adalah projek yg mendapat technofund dari MOSTI. Ianya adalah projek yg menggunakan chitosan atau ekstrak dari kulit udang untuk merawat luka atau kulit yang terbakar pada tahap ketiga (3rd Digree burn). Projek ni dinamakan Pilot Production of Biodegradable Scaffold for Skin Regenerating Template from Natural Polymer.

So, Alhamdulillah aku dah keja skrg, tp yg kurg selesanya aku akan dihantar ke SIRIM cawangan Sepang lepas ni sebab lab utk projek ni dah di'setup'kan di Pusat Metrologi Kebangsaan SIRIM Sepang. So, pasni aku kena jadi orang Sepang la plak.. Huhu.. tabahlah lagi di negeri orang tu..

Semoga kerja aku diberkati dan rezeki semakin murah..

WSLM...

QurbaN DaN KiSaH HaBIL DaN QaBiL

0


Assalamualaikum...

Hah? apa? esok raya? huhu.. aduyai.. kali ni raya sorg2 kat perantauan la gamaknya.. buleh exam lak time raya2 ni.. nak balik mmg dah tak smpt.. semalam siap kol mak lg.. mak gtau tgh wat ketupat kat umah opah.. Waa.. pakai tak makan ketupat la kali ni.. huhu.. tkpa2, balik nanti nak wat ketupak jgk.. nak suruh mak beli daun palas byk2.. wat simpan.

Bersempena raya korban ni diharap semua org lakukankan korban semampu munkin dgn ikhlas dan semoga qorban kalian diterima Allah dan menjadi kenderaan kita di sana nanti..


Teringat plak kisah Habil dan Qabil kalau pasal Qurban ni.. kita dapat lihat bagaimana qorban yg ikhlas akan diterima oleh Allah. Kisah ini bermula apabila
Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama "Iqlima", kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda".Kedua orang tua, Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera puterinya itu dengan senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita apa yang lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yang melahirkan bayinya. Mereka mengharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak cucu yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dengan amanat yang telah di bebankan ke atas bahunya.

Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang maka membesarlah keempat-empat anak itu dengan cepatnya melalui masa kanak-kanak dan menginjak masa remaja. Yang perempuan sesuai dengan kudrat dan fitrahnya menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yang menjadi tugas wanita,sedang yang laki-laki menempuhi jalannya sendiri mencari nafkah untuk memenuhi keperluan hidupnya. Qabil berusaha dalam bidang pertanian sedangkan Habil di bidang perternakan.

Penghidupan sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan tertib sempurna diliputi rasa kasih sayang saling cinta mencintai hormat menghormati masing-masing meletakkan dirinya dalam kedudukan yang wajar si ayah terhadap isterinya dan putera-puterinya,si isteri terhadap suami dan anak-anaknya. Demikianlah pula pergaulan di antara keempat bersaudara berlaku dalam harmoni damai dan tenang saling bantu membantu hormat menghormati dan bergotong-royong.

Konflik berlaku apabila anak2 Adam ini meningkat dewasa, mencapai usia remaja dan memasuki alam akil baligh di mana nafsu berahi dan syahwat serta hajat kepada hubungan kelamin makin hari makin nyata dan nampak pada gaya dan sikap mereka hal mana menjadi pemikiran kedua orang tuanya dengan cara bagaimana menyalurkan nafsu berahi dan syahwat itu agar terjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin yang bebas di antara putera-puterinya.

Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang bernama Lubuda dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.

Cara yang telah di ilham oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Adam telah disampaikan kepada kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yang harus dipatuhi dan segera dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yang meliputi keluarga dan rumahtangga mereka.


Akan tetapi dengan tanpa diduga dan disangka rancangan yang diputuskan itu ditolak mentah-mentah oleh Qabil dan menyatakan bahawa ia tidak mahu mengahwini Lubuda, adik Habil dengan mengemukakan alasan bahawa Lubuda adalah buruk dan tidak secantik adiknya sendiri Iqlima. Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri Iqlima sebagai isteri dan sekali-kali tidak rela menyerahkannya untuk dikahwinkan oleh Habil. Dan memang demikianlah kecantikan dan keelokan paras wanita selalu menjadi fitnah dan rebutan lelaki yang kadang-kadang menjurus kepada pertentangan dan permusuhan yang sampai mengakibatkan hilangnya nyawa dan timbulnya rasa dendam dan dengki di antara sesama keluarga dan sesama suku.

Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhad menentukan pilihan jodohnya.


Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu diletakkan, terlihat api besar yang turun dari langit menyambar kambing binatang korban Habil yang seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.

Maka dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu karena korban kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang mendapat keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan dipersandingkan menjadi isterinya.

Dengan itu juga pembunuhan pertama di dunia yg terjadi akibat hasutan syaitan terhadap qabil yang tidak berpuas hati.

Daripada cerita ini, kita dapat lihat qurban yg dilakukan secara tulus ikhlas akan diterima oleh Allah. Jadi kesimpulannya, lakukanlah dengan hati yang ikhlas semata2 kerana Allah. Semoga qurban yg dilakukan diterima oleh Allah.

Salam Aidil Adha.. MAaf salah dan silap..

Aku yg di perantauan....

Wassalam.....